Syarat dan Peraturan Untuk Peniaga;
# Sebarang risiko dan liabiliti adalah ditanggung oleh peniaga sepenuhnya.
# Peniaga hendaklah mendaftarkan diri dan maklumat produk jualan dengan lengkap. "jomorderonline" berhak memilih dan meng"post" maklumat yang dirasakan perlu sahaja.
# Maklumat peniaga akan dikemaskini ke laman ini dalam tempoh 48 jam dari masa hantaran, kecuali sekiranya berlaku masalah sumber dan teknikal.
# "jomorderonline" berhak menolak pendaftaran peniaga/jualan yang diragui, atau jenis perniagaan yang tidak berkaitan, tidak sah atau skim diragui.
# Jenis jualan/produk yang dibenarkan kini adalah jenis makanan, minuman dan barangan runcit kering/basah sahaja.
# Setiap urusniaga adalah melalui applikasi whatsapp, secara terus antara pembeli dan peniaga.
# Peniaga bertanggungjawab menyediakan "penghantar pekedai (PP)" untuk menghantar tempahan pelanggan. PP dan kenderaan digunakan hendaklah mematuhi semua peraturan pihak berkuasa, serta peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
# Peniaga dan PP hendaklah mematuhi standard kebersihan, perlindungan diri dan peraturan pergerakan PKP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
#"jomorderonline" dan pasukannya tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa kerugian, liabiliti atau kemalangan akibat aktiviti berkaitan atau disebabkan oleh kesilapan, kelewatan atau salah representasi oleh "jomorderonline".