• Image-4
  • PINJAMAN PROGRAM LEPASAN SEKOLAH

  • ARAHAN
    Sila sediakan satu salinan dokumen berikut untuk dimuat naik:

    Dokumen Pelajar:
    1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    2. Salinan Surat Beranak Pemohon
    3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
    4. Salinan Bil Utiliti: Bil Air/Elektrik/Telefon bulan terkini yang menyatakan alamat tetap pemohon dengan lengkap dan jelas.

    Dokumen Penjamin (Ibu Bapa / Penjaga Sah diutamakan. Ahli keluarga terdekat hanya akan diterima sebagai penjamin jika ibu bapa/penjaga tidak ada pendapatan atau lebih dari 60 tahun).
    1. Salinan Kad Pengenalan Penjamin
    2. Salinan slip gaji terkini (Ibu Bapa tidak kurang RM 300, Penjamin lain tidak kurang RM 700). Jika
    tiada slip gaji, boleh muat naik bukti pendapatan.
    3. *Salinan Bil Utiliti: Bil Air/Elektrik/Telefon bulan terkini yang menyatakan alamat tetap pemohon
    dengan lengkap dan jelas. Jika penjamin tidak tinggal serumah dengan pelajar.

    SYARAT-SYARAT PEMOHON
    1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
    2. Berumur di antara 15 hingga 45 tahun.
    3. Mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) penuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
    4. Mengikuti latihan di Penyedia Latihan yang diluluskan oleh Perbadanan. Telah disahkan berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalani latihan berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
    5. Bukan seorang yang diisytiharkan muflis dan tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.
    6. Sihat tubuh badan.
    7. Pemohon dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mampu menjalankan latihan kemahiran mengikut kemahiran yang bersesuaian dan mampu bekerja selepas tamat latihan (mampu membayar balik pinjaman).
    8. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti.
    9. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian.
    10. Pemohon hendaklah menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman dan penalti terdahulu dengan PTPK (jika ada).
    11. Pemohon perlu mengemukakan sesalinan bil utiliti bagi penjamin yang selain daripada ibu/bapa/penjaga sah.

    SYARAT-SYARAT PENJAMIN (Ibu/Bapa atau Penjaga sah sahaja. Ahli keluarga terdekat hanya akan diterima sebagai penjamin jika ibu bapa/penjaga tidak ada pendapatan atau lebih dari 60 tahun).
    1. Warganegara Malaysia dan tidak muflis
    2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun.
    3. Bekerja tetap DAN pendapatan tidak kurang daripada RM300 sebulan.
    4. Penjaga yang SAH perlu mendapat pengesahan dari JPN atau JKM dan hanya layak jika pemohon tiada ibubapa.
    5. Penjamin lain (bukan ibu bapa / penjaga sah) hendaklah berpendapatan tidak kurang daripada RM700 sebulan.

    MAKLUMAN PENTING

    1. Peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan:100% + Elaun jika pendapatan keluarga kurang dari RM8000, 75% (Tiada elaun) jika pendapatan keluarga RM8001-RM10000 dan 50% (Tiada elaun) jika pendapatan keluarga RM 10001 - RM 15000.
    2. Jumlah pinjaman adalah mengikut tahap latihan kemahiran yang diikuti di Penyedia Latihan dan dikenakan fi pemprosesan RM 150 setahap.
    3. Peminjam akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak 3% setahun.
    4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima.
    5. Bayaran balik pinjaman bermula enam (6) bulan selepas tamat latihan. Penagguhan bayaran ini akan dikenakan fi RM 150 setahun yang kena dibayar kepada PTPK.
    6. Tempoh bayaran balik pinjaman ialah 10 tahun.
    7. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui TTC kepada Perbadanan.
    8. TTC tidak akan disalahkan jika permohonan ini dibatal atau ditolak oleh Pihak PTPK jika mana-mana syarat permohonan ini tidak mematuhi syarat yang tertera seperti di atas, tidak melampirkan dokumen yang betul atau tidak lengkap dalam tempoh masa yand diberikan.

  • Maklumat Permohonan Pelajar

    Borang ini merupakan butiran untuk permohonan pinjaman anda. Sila isikan butiran dibawah dengan lengkap untuk memastikan pinjaman anda boleh diproses dengan betul.
  •  / /
  • Maklumat Ahli Keluarga Terdekat (Bukan Ibu Bapa)

    Tidak boleh gunakkan Ibu/ Bapa. Sila guna butiran kakak, abang, adik, uncle, auntie atau lain-lain. Maklumat ini hanya akan digunakkan sebagai rujukan PTPK dan tidak akan digunakkan untuk sebarang
  • Maklumat Penjaga Utama Pelajar

    Individu ini digalakkan menjadi penjamin permohonan ini tetapi jika umur melebihi 60 tahun atau tidak ada pendapatan bulanan, pelajar mesti mencari penjamin lain (pendapatan lebih RM 700 sebulan & umur kurang 50 tahun).
  •  / /
  • Status Perkerjaan Penjaga Utama

  • Maklumat Majikan Penjaga Utama

    Untuk yang berkerja dengan majikan, sila pastikan butiran di bawah ikut slip gaji.
  • Maklumat Pasangan Penjaga Utama

  •  / /
  • Status Perkerjaan Pasangan Penjaga Utama

  • Maklumat Majikan Pasangan Penjaga Utama

    Untuk yang berkerja dengan majikan, sila pastikan butiran di bawah ikut slip gaji.
  • Butiran Penjamin

    Ibu/Bapa atau Penjaga sah yang berpendapatan sahaja. Ahli keluarga terdekat hanya akan diterima sebagai penjamin jika ibu bapa/penjaga berpendapatan bulanan kurang dari RM 300 atau umur lebih dari 60 tahun
  •  / /
  • Maklumat Majikan Penjamin

  • Muat Naik
    Cancelof
  • Sila muat naik dokumen

  • Browse Files
    Cancelof
  • Browse Files
    Cancelof
  • Browse Files
    Cancelof
  • Browse Files
    Cancelof
  • Browse Files
    Cancelof
  • Browse Files
    Cancelof
  • Should be Empty: