SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI KETIKA BERADA DI HOMESTAY ZAISHAZALI GELUGOR
Lokasi unit Zaishazali Gelugor
https://maps.app.goo.gl/GiS3ve92wYf6NggA6
1. Penyewa mestilah terdiri daripada pasangan suami isteri SAH @ kaum keluarga yang ada hubungan MAHRAM @ kumpulan rakan yang SAMA JANTINA.
2. Makanan dan minuman HALAL sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali TERMASUK DADAH SERTA APA-APA YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG.
3. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah, cermat dan tidak membazir. Jika terdapat sebarang kerosakan sebelum digunakan, sila laporkan kepada pihak pengurusan homestay dengan kadar segera.
4. Tutup semua suis lampu, kipas dan aircond setiap kali keluar meninggalkan homestay.
5. Bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa menginap di sini. Pastikan pintu, tingkap dan pagar dikunci semasa tidur atau keluar.
6. Jangan tinggalkan barang berharga anda di dalam homestay. Pihak homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di sini.
7. Jika berlaku kerosakan atau kecurian hak milik homestay, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis. Pastikan dinding-dinding rumah homestay tidak diconteng.
8. Kerosakan alatan kerana kecuaian pengguna mestilah ditanggung oleh penyewa. Wang cengkeram anda mungkin ditolak sebagai gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian anda.
9. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan.
10. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
11. Dilarang sama sekali menjadikan cadar atau comforter sebagai alas seterika.
12. Jangan buang sesuatu terutama TUALA WANITA DAN TISU ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
13. Dilarang merokok di dalam rumah/bilik tidur homestay bagi tujuan keselamatan. Kawasan luar rumah telah diletakkan kerusi bagi tujuan merokok.
14. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas dan rumah jiran.
15. Tidak membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran sekeliling terutamanya waktu jam 12.00 malam ke atas. Sila jaga adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di sini.
16. Menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. Jika sudah penuh sila ikat dan letakkan di luar pintu untuk dibuang oleh pihak pengurusan.
17. Pastikan semua peralatan dapur yang digunakan penyewa dicuci sebelum keluar (check-out). Anggaplah homestay ini umpama rumah anda sendiri. Sebelum keluar (check-out) harap anda kemas homestay sama seperti anda masuk (check-in).
18. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan dalam tempoh 3 hari dari tarikh masuk. Begitu juga jika anda mengurangkan tempoh penginapan seperti yang dijanjikan sebelumnya. (Kami terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan kerugian).
19. Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap maksimum 4 orang sahaja iaitu:
* 2 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak (0-12 tahun)
20. Masa masuk (check-in) : 3.00 ptg checkout 12 tengahari