RINGKASAN TERMA & SYARAT :
1. Dekoder Astro ini hanya sah untuk kegunaan di alamat kediaman dan tidak dibenarkan sama sekali digunakan di tempat awam. perniagaan ataupun untuk tujuan komersil. Kos pemasangan ikut promosi hendaklah dibayar semasa pasang. Alatan dekoder dan aksesori lain termasuk wayar 15 meter diberi percuma. Caj tambahan keatas alatan tambahan atau wayar tambahan mungkin akan dikenakan jika yang diberi tak mencukupi.
2. Langganan Astro mestilah aktif untuk tempoh minima berterusan selama 24 bulan daripada tarikh pengaktifan pada kadar yuran langganan minima dan sekiranya gagal, yuran RM1000 akan dikenakan secara prorata ke atas akaun Astro anda
3. Selepas tamat tempoh langganan minima, sekiranya anda ingin menamatkan langganan, anda dlkehendaki memberi tempoh 30 hari notis dan dikehendaki menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh tersebut.
4. Segala yuran langganan bulanan harus dibayar SEBELUM tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang pemotongan perkhidmatan Astro.
5. Astro berhak untuk mengubah perkhidmatan, kadar yuran dan syarat - syarat langganannya pada bila - bila masa. Notis akan diberi.
6. Dalam keadaan di mana langganan ditamatkan atau dipotong. anda mestilah memulangkan "Smart Card" / Kad Pintar ke mana-mana peiabat Astro.
7. Sekiranya terdapat kehilangan atau kerosakkan "Smart Card" / Kad Pintar pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan. Anda boleh menukar gantikannya daripada pihak Astro dengan bayaran RM80.00 atau apa-apa caj yang ditetapkan oleh pihak Astro.
8. Bagl mengaktifkan semula langganan anda akibat pemotongan disebabkan bayaran tldak diterima, YURAN PENYAMBUNGAN sebanyak RM21.20 akan dikenakan.
9. Kotak Astro Byond dan alatan tambahannya adalah hak milik Astro dan tldak boleh dipindah milik.
10. Astro akan bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kotak Astro Byond selagi yuran langganan bulanan Astro anda dibayar dan menggunakan kotak itu bagi kegunaan yang sebenar dan tidak menyalahgunakannya.
11. Yuran langganan bulanan anda tertakluk kepada caj Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.
12. Pihak Astro berhak menyemak, memproses dan meluluskan permohonan / menangguh / membatalkan sekiranya berlaku masalah atau keraguan.
13. Servis pindah alatan Astro ketempat lain didalam Malaysia adalah percuma, dengan syarat mesti hubungi Astro centre 7 hari awal sebelum pindah, akaun masih aktif dan tiada tunggakkan. (Percuma untuk pemasangan biasa)
14. Alatan Astro jaminan percuma selagi melanggan servis, jika berlaku kerosakkan hanya perlu hubungi Astro centre untuk buat aduan dan wakil teknikal akan membantu anda samaada didalam talian atau datang kerumah anda.
SEKIAN TERIMA KASIH