SYARAT DAN PERATURAN BAGI SUB-KONTRAKTOR HARIAN DAN PEMANDU LORI DALAM SYARIKAT
1) MASA BEKERJA , LEWAT DAN OVERTIME (OT)
Masa Bekerja: |
Masa Punch Kad |
Sebelum 7.45am dan Sebaik Dari Masa Rehat |
Masa Bekerja (Pejabat Jualan & Stor) |
7.45a.m. – 5.45p.m. (Panduan Sahaja) |
Kerja Lebih Masa |
Jika Diperlukan oleh Syarikat |
Rehat Tengah Hari |
1 Jam (Mengikut Giliran) |
a. Masa bekerja adalah mengikut masa stor.
b. Punch kad selepas jam 7.50 pagi akan dikira lewat.
c. Masa rehat adalah 1 jam, pekerja dikehendaki mengikut giliran dan mesti balik offis punch kad dalam 1 jam, selepas itu akan dikira lewat.
d. Pekerja akan diperlu kerja O.T, jika diperlu oleh syarikat dan dikira selepas 6.00pm.
e. Jika pekerja sentiasa lewat masuk bekerja, syarikat akan memberikan amaran.
2) CARA MENGIRA GAJI PEKERJA HARIAN
a. Gaji untuk minggu pertama akan diberikan pada minggu kedua hari Sabtu.
b. Gaji akan ditunggalkan 2 hari pada minggu pertama dan akan dikembalikan kepada anda semasa anda berhenti kerja sahaja.
c. Gaji akan dikira mulai hari sabtu sehingga hari jumaat.
d. Gaji akan ditolak jika pekerja Lewat, Denda, Pinjaman dan Bayaran.
e. Pekerja yang bekerja setengah hari tidak akan dikira, kecuali ada surat cuti yang diluluskan.
f. Lewat dan O.T akan dikira mengikut blok. (Satu blok adalah 15 minit).
3) CARA MEMOHON CUTI DAN BERHENTI KERJA
a. Pekerja yang tidak hadir mesti isi borang permohonan cuti pada keesokan hari.
b. Cuti khas - memohon surat kebenaran daripada syarikat 7 hari lebih awal.
c. Cuti sakit - mendapatkan surat sakit yang diluluskan oleh klinik/ hospital.
d. Berhenti kerja – mesti memberi surat 7 hari lebih awal kepada Pengarah Syarikat.
e. Jika pekerja tidak hadir selama 2 hari berturut-turut dan tidak memberi notis akan serta merta henti kerja dan gaji tunggakan akan dipotong.
4) ETIKA & PERATURAN SEMASA BEKERJA
a. Ketika mengangkat barang pekerja dilarang menghempas atau membuang barang dengan kuat.
b. Dilarang berpakat dengan pekerja lain untuk melakukan kesalahan yang tidak bermoral dan tidak sah disisi undang-undang seperti mencuri,bergaduh,tidak menghormati sesama pekerja dan merosakkan harta benda syarikat dan sebagainya.
c. Sentiasa menjaga harta benda ( dalam bentuk barangan/wang) syarikat, jika didapati melakukan kesalahan, syarikat akan mengenakan denda terhadap pekerja yang membuat kesalahan
d. Hendaklah hormat-menghormati sesama pekerja,staf dan pelanggan.
e. Saling tolong- menolong antara satu sama yang lain.
f. Semua pekerja hendaklah memakai seluar panjang dan kasut sekolah/safety boots. Pekerja tidak dibenarkan sama sekali memakai selipar.
g. Dilarang merokok di dalam gudang bagi mengelakkan sebarang kejadian yang buruk berlaku.
h. Semua pekerja DITEGASKAN/DILARANG untuk mengambil minuman keras semasa sedang bekerja.
i. Jika anda didapati melakukan kesalahan yang telah diterangkan di atas, syarikat akan mengenakan tindakan yang sewajarnya dan jika didapati melakukan kesalahan yang berat , pihak syarikat berhak untuk menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
TANGGUNGJAWAB PEMANDU
Pemandu mesti membawa lesen memandu, lesen GDL yang sah dan tarikhnya tidak luput serta kad pengenalan semasa mengguna kenderaan syarikat.
Selain itu, Pemandu perlu mengenal pasti barangan sentiasa dalam keadaan bagus dan selamat dihantar ke tempat pelanggan. Selain daripada itu, pemandu juga perlu menjaga tunai yang sedia ada sama menerima bayaran daripada pelanggan dan menjaga pembayaran tersebut bagi mengelak kes kehilangan berlaku. Setiap pemandu perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :
A) TUNAI/CEK
Pemandu wajib mengurus dan menjaga wang kecuali ada keadaan khas bahagian pejabat akan memberitahu anda.
Tunai (Hilang/Kurang) - Pemandu lori tanggung keseluruhan kerugian
Cek (Hilang/Kurang) - Denda RM 15 sekeping
B) PENGHANTARAN BARANGAN
Pemandu mesti memeriksa dan mengira barangan semasa naik atau turun dari lori sama ada di syarikat ataupun di tempat pelanggan. Jika terdapat kesalahan, pemandu harus melaporkan kepada pihak pengurus syarikat dengan segera.
Syarikat berhak mengambil tindakan yang sewajarnya jika mendapati pemandu yang gagal berbuat demikian.
Barang (Hilang/Kurang/Rosak) - Pemandu tanggung 70% kerugian dan 30% baki akan dibahagi dengan pengikut lori secara rata, nilai barang akan dikira berdasarkan kepada harga invois.
C) MEMAKLUMKAN KEPADA SYARIKAT
Setiap perkara berkenaan dengan pemulangan barangan, pelanggan tidak menerima barangan serta barangan tidak dapat hantar ke tempat pelanggan, pemandu wajib memberitahu pihak syarikat, pemandu tidak boleh membuat keputusan sewenang-wenangnya. Pemandu juga mesti memberitahu isu-isu lori kepada pihak pengurus.
Jika gagal berbuat demikian, maka akan didenda RM 10.
D) DOKUMEN (INVOIS, CASH BILL, ATAU LAIN DOKUMEN)
Dokumen (Hilang / Kurang) - denda RM 5 sekeping
Dokumen (Tanpa cop, Tandatangan & I.C nombor) - denda RM 5 sekeping
Dokumen (Salah ambil / Rosak) - denda RM 5 sekeping
E) SAMAN/ DENDA
Jika pemandu lori melanggar segala saman/denda berkaitan dengan peraturan lalu lintas maka pemandu lori perlu tanggung keseluruhan kecuali mempunyai keadaan khas atau isu-isu yang boleh dibincangkan.
F) KEADAAN DAN KEBERSIHAN KENDERAAN
Keadaan dan kebersihan kendaraan adalah tanggungjawab pemandu, pemandu mesti menyenggara keadaan kenderaan dalam baik & bersih, jikalau mendapati alat-alat kenderaan atau enjin ada masalah, pemandu mesti melaporkan kepada pihak syarikat dengan secepat mungkin.
Jika pemandu melanggar tanggungjawab, pihak syarikat akan mengambil tindakan yang selanjutnya.
Pemandu mesti memeriksa keadaan kenderaan pada setiap hari seperti berikut:
- Enjin
- Tayar
- Road Tax
- Puspakom
- Permit kenderaan
- Peralatan lain
- Mencuci kenderaan syarikat (setiap 2 minggu, Hari Sabtu)