PENDAFTARAN SEBAGAI VENDOR HALAL2GO
1. Syarat-Syarat Am Pendaftaran Vendor Halal2Go.
a) Pemilik premis/perniagaan haruslah berumur lebih daripada umur 18 tahun.
b) Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan Malaysia.
c) Berdaftar dan memiliki sijil sah laku Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
d) Memiliki sijil Halal yang sah daripada JAKIM (wajib bagi pengusaha Vendor bukanIslam).
e) Tidak menjual, menggunakan, menyimpan jenis-jenis barangan atau bahan-bahan yang tidak diketahui status Halal-nya.
f) Vendor hendaklah memastikan para pekerja atau pengendali makanan diberikan suntikan “typhoid” yang masih dalam tempoh sah laku.
g) Memastikan dan memperakui bahawa Vendor menjaga dengan baik kebersihan premis/perniagaan terutamanya tempat penyimpanan bahan-bahan mentah,tempat pembersihan barangan basah/mentah, tempat memasak dan menjaga dengan baik kawasan sekitar premis termasuk tandas.
h) Berikut merupakan keperluan bagi kawasan tertentu bagi memastikan kebersihan Vendor:
i. DapurDapur hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan kemas. Bagi peniaga yang berasaskan “Home-Based”, dapur bagi tujuan perniagaan hendaklah berasingan daripada dapur masakan harian dengan saiz ukuran minima 10x10 kaki.
ii. Tempat Penyimpanan Barangan Dapur/Mentah Tidak menyimpan bahan-bahan mentah yang tidak diketahui status Halalnya.
iii. Tandas hendaklah sentiasa bersih dan tidak berbau.
2. MAKLUMAT AM LAIN
a) Lawatan berkala ke premis/kedai oleh pihak Halal2Go.
• Bagi memastikan persekitaran premis/kedai adalah sentiasa dalam keaadaan bersih dan sesuai bagi penyediaan makanan.
b) Tempoh masa bagi penyediaan makanan
• Vendor diberikan masa 10 minit sehingga 15 minit bagi menerima tempahan daripada pelanggan dan penyediaan makanan.
• Nota: Pelanggan seharusnya menerima pesanan mereka dalam lingkungan30 sehingga 45 minit sahaja daripada tempoh pesanan dibuat.
c) Pembungkusan makanan
• Setiap pembungkusan hendaklah dilakukan dalam keadaan yang cermat danteratur supaya makanan tidak tumpah dan tercemar.
d) Alat menerima tempahan “Halal2Go Device”
• Pihak Halal2Go akan membekalkan satu alat bagi menerima tempahan daripada pelanggan dan menotifikasikan Rider bagi mengambil makanan.AKSES KEPADA AKAUN HALAL2GO VENDOR
a) Vendor akan diberikan “Username” dan “Password” bagi mengakses aplikasi atau papan pemuka “dashboard” Halal2Go.
b) Vendor akan menerima pesanan daripada pelanggan menerusi aplikasi Halal2Go Vendoryang telah tersedia melalui tablet atau Halal2Go Device.
c) Latihan asas akan diberikan kepada Vendor yang baru mendaftar.d) Vendor akan mempunyai profil sendiri yang boleh mengubah atau mengedit profil Vendor daripada masa ke semasa. Contohnya Vendor boleh mengedit perkara berikut:
• No telefon.
• Menambah menu atau menukar harga makanan.
• Logo Vendor/kedai dan lain-lain.
3. MAKLUMAT AM PENGGUNAAN APLIKASI HALAL2GO VENDOR
a) Vendor boleh meletakkan apa jua jenis jualan makanan di dalam platform Halal2Go,dengan fokus kepada menu-menu jualan utama.
b) Platform Halal2Go akan membantu Vendor terutamanya dalam lingkungan 10km radius yang pertama daripada pelanggan dengan memaparkan lokasi terdekat Vendor. Walaubagaimanapun, pelanggan boleh memesan makanan daripada Vendor yang berada lebih daripada 10km dengan caj penghantaran ditanggung oleh pelanggansepenuhnya.
c) Perkhidmatan Rider akan disediakan oleh Halal2Go sekiranya Vendor menerima pesanan daripada pelanggan yang memesan makanan menggunakan platform Halal2Go.
d) Halal2Go akan melakukan promosi berkala bagi meningkatkan hasil jualan Vendor,dengan kos akan ditanggung oleh Halal2Go atau Vendor atau kedua-duanya sekali.
e) Pelanggan akan dapat memberikan rating kepada Vendor berdasarkan makanan yang diterima. Oleh itu, sila berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
4. MAKLUMAT PEMBAYARAN KEPADA VENDOR H2G
a) Setiap transaksi yang berlaku di dalam platform Halal2Go akan dikenakan caj transaksi.
b) Halal2Go akan melakukan pembayaran pada setiap hari jumaat bagi transaksi 7 harisebelumnya.
Contoh Kes 1Vendor menerima pesanan daripada pelangan sebanyak 100 transaksi bagi tempoh 6 –12 November 2020.Halal2Go akan melakukan pembayaran pada 13 November 2020 (Jumaat).
Contoh Kes 2Vendor menerima pesanan daripada pelangan sebanyak 70 transaksi bagi tempoh 13 –19 November 2020.Halal2Go akan melakukan pembayaran pada 20 November 2020 (Jumaat).
Contoh Kes 3 (Hari Jumaat Jatuh Pada Cuti Umum)Vendor menerima pesanan daripada pelangan sebanyak 120 transaksi bagi tempoh 18 –24 December 2020.Sepatutnya pembayaran jatuh pada 25 December 2020 (Jumaat). Tetapi hari tersebut jatuh pada Hari Krismas (Cuti Umum). Maka, Halal2Go akan melakukan pembayaranpada 28 December 2020 (Isnin).
*Nota: Halal2Go akan melakukan pembayaran dalam tempoh 7 hari waktu bekerja sekiranya hariJumaat jatuh pada Cuti Umum atau atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.PERKHIDMATAN KHIDMAT PELANGGAN a) Vendor boleh menghubungi khidmat pelanggan Halal2Go sekiranya Vendor menghadapiapa jua masalah berkaitan denga apa-apa isu seperti terlupa kata laluan aplikasi Halal2GoVendor, papan pemuka (dashboard), status pembayaran atau sebagainya.b) Sila hubungi Customer Service Support kami ditalian dan emel di bawah bagi sebarangmaklumbalas atau pertanyaan.
En.zulfadzli : 0167773070 En.Shamsul : 011-39769754
Emel Halal2Go : halal2gopahang@gmail.com