Terima kasih kerana memilih SEMPOI CREATIVE sebagai pelengkap mahligai perkahwinan anda. Proses rekaan Grafik akan dimulakan setelah pembayaran di WEBSITE telah disahkan dan selepas anda memberi maklumat penuh beserta peta lokasi dan maklumat berkaitan yang LENGKAP dengan melengkapkan borang ini, proses draf rekaan grafik akan dimulakan dan siap antara 3-7 hari waktu bekerja.
Bagi Tempahan 'Express' tempoh persiapan keseluruhan adalah 10-14 hari. Jika Anda Mahukan Tempahan Siap Dalam Masa 7 Hari, Cas Tambahan 'Urgent Charge' Sebanyak RM50 dikenakan.
Tempahan tidak boleh dibatalkan selepas draf pertama dikeluarkan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh pihak SEMPOI CREATIVE. Selepas anda menerima rekaan grafik dari pihak kami, dan pembetulan(jika ada) telah dibuat, Pembetulan hanya boleh dilakukan sebanyak 2 kali sahaja. Pembetulan yang dibenarkan pertukaran 2 kali hanya MINOR CHANGE sahaja iaitu hanya pembetulan perkataan sahaja.
Cas RM5.00 akan dikenakan untuk setiap pembetulan MINOR CHANGE jika melebihi 3 kali pertukaran pembetulan perkataan. Bagi PEMBETULAN MAJOR CHANGE AKAN DIKENAKAN CAS. Pembetulan MAJOR CHANGE adalah pembetulan peta, font, kedudukan,warna dan pertukaran template. Cas pertukaran bagi satu pembetulan MAJOR CHANGE adalah RM10.00-RM30.00 setiap satu pertukaran.
Suka kami ingatkan, PROSES PERCETAKAN dilakukan setelah anda mengesahkan draf untuk percetakan. Kami akan memproses dan melakukan pengeposan dalam masa 14 hari.
Maklumat terperinci terma dan syarat boleh dirujuk di ruangan TERAKHIR DI HALAMAN INI.
Kami memohon kerjasama pihak pelanggan supaya memahami polisi pelanggan yang telah ditetapkan oleh pihak SEMPOI CREATIVE di bahagian akhir borang ini.
Anda juga digalakkan menempah kad kahwin sekurang-kurangnya 40-60 hari sebelum tarikh perkahwinan berlangsung untuk mengelakkan sebarang gangguan emosi dari pihak anda dan jadual operasi dari pihak kami.
Sejurus anda menerima maklumat ini, maka dengan ini anda telah bersetuju dengan piawaian prosedur dan terma yang telah ditetapkan oleh SEMPOI CREATIVE.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan SEMPOI CREATIVE.
Mohon maaf atas segala kekurangan. Yang baik itu datangnya daripada Allah & yang kurang itu datangnya daripada kami.