TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
A. MAKLUMAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan Fotografi dan Videografi Kuala Langat 2022 (FVKL 2022) adalah anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat.
2. Penyertaan adalah PERCUMA
3. Tempoh pertandingan ini adalah bermula dari 9 SEPTEMBER 2022 HINGGA 9 DISEMBER 2022.
4. Foto dan video yang diambil hendaklah di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat sahaja.
5. Tema Pertandingan Kategori Fotografi adalah:
- Pelancongan dan landskap
- Cara gaya hidup
- Peristiwa atau momen berkaitan dengan acara, sukan, manusia dan pekerjaan di daerah Kuala Langat.
6. Tema Pertandingan Kategori Videografi adalah: -
- Memaparkan keunikan dan keindahan pelancongan serta perbandaran Kuala Langat.
7. Semua karya foto dan video MESTILAH diambil dalam tempoh pertandingan berlangsung iaitu 9 September 2022 hingga 9 Disember 2022.
B. KELAYAKAN PERTANDINGAN
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN (KATEGORI FOTOGRAFI)
1. Penyertaan adalah PERCUMA.
2. Foto mestilah di dalam format digital, bersaiz 8RW (8 inci x 12 inci) dan beresolusi tinggi tidak kurang dari 300 dpi.
3. Karya foto perlu diberikan dalam bentuk cetakan (hardcopy) dan dihantar kepada urus setia pertandingan. Peserta juga perlu memuat naik karya di dalam borang penyertaan ini dalam format JPEG/TIFF/BITMAP (softcopy). Kesemua penyertaan perlu disertakan dengan Borang Penyertaan Pertandingan.
4. Teknik mengambil foto adalah bebas dan teknik super-imposed, trick photographs, collage technique dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Peserta hanya dibenarkan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya serta warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
5. Semua foto penyertaan mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian. Pengubahsuaian gambar atau sebarang plagiat, tiruan, unsur-unsur penipuan atau ciplak adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
6. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas foto-foto yang didapati melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak-hak harta/privasi/publisiti/intelek mana-mana individu atau entiti dan pihak lain yang mempunyai apa-apa hak, hakmilik, tuntutan atau kepentingan dalam gambar tersebut.
7. Peserta harus memohon kebenaran daripada pihak tertentu dan pihak tersebut tidak boleh membuat tuntutan daripada penganjur sekiranya foto-foto tersebut digunakan dalam mana-mana media pada masa kini dan akan datang tanpa sekatan, termasuk tujuan komersial serta tidak terhad kepada editorial penganjur, siaran akhbar, pemasaran, pengiklanan, komersial, percetakan dan promosi.
8. Segala kos terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah tanggungan para peserta sendiri.
9. Sebarang kecelekaan/kemalanga/kecedaraan/kerugian semasa mengambil foto adalah dibawah tanggungjawab peserta sendiri.
10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya karya yang dihantar tidak sampai, hilang atau rosak semasa penghantaran. Bukti penyertaan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
11. Setiap penyertaan bermakna peserta telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat pertandingan yang ditetapkan.
D. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN (KATEGORI VIDEOGRAFI)
1. Penyertaan adalah PERCUMA.
2. Durasi video yang dihasilkan haruslah tidak melebihi 5 minit. Penyertaan akan TERBATAL sekiranya durasi melebihi 5 minit.
3. Pembikinan karya video pendek dengan format Full HD 1920X1080, File MP4 Audio Stereo.
4. Video perlu di muat naik dalam borang penyertaan ini. Kesemua penyertaan perlu disertakan dengan Borang Penyertaan Pertandingan.
5. Produksi video mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
6. Genre terbuka seperti animasi, drama, sketsa dan dokumentari.
7. TIDAK DIBENARKAN menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam pembikinan video pendek ini.
8. Peserta dibenarkan menghasilkan video dengan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris beserta SARIKATA.
9. Video dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan suara yang baik dan jelas.
10. Setiap video perlu mempunyai logo Majlis Perbandaran Kuala Langat di akhir video.
11. Kandungan video pendek mestilah mempunyai unsur-unsur keunikan dan keindahan pelancongan serta perbandaran Kuala Langat.
12. Semua video penyertaan mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian. Pengubahsuaian gambar atau sebarang plagiat, tiruan, unsur-unsur penipuan atau ciplak adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
13. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas video-video yang didapati melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak-hak harta/privasi/publisiti/intelek mana-mana individu atau entiti dan pihak lain yang mempunyai apa-apa hak, hakmilik, tuntutan atau kepentingan dalam gambar tersebut.
14. Peserta harus memohon kebenaran daripada pihak tertentu dan semua orang yang muncul dalam karya yang dikemukakan dan individu tersebut tidak boleh membuat tuntutan daripada penganjur sekiranya video - video tersebut digunakan dalam mana-mana media pada masa kini dan akan datang tanpa sekatan, termasuk tujuan komersial serta tidak terhad kepada editorial penganjur, siaran akhbar, pemasaran, pengiklanan, komersial, percetakan dan promosi.
15. Sebarang kecelekaan/kemalangan/kecedaraan/kerugian semasa merekod video adalah dibawah tanggungjawab peserta sendiri.
16. Segala kos terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah tanggungan para peserta sendiri.
17. Setiap penyertaan bermakna peserta telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat pertandingan yang ditetapkan.
E. TUNTUTAN HAK CIPTA
1. Kesemua penyertaan adalah hak milik penganjur.
2. Setiap foto dan video yang dihantar untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan.
3. Gambar-gambar tersebut juga tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain pertandingan.
4. Majlis Perbandaran Kuala Langat berhak menggunakan semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan dalam apa jua bentuk media atau medium samada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.
5. Dengan penyertaan yang dihantar para peserta bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat.
F. KRITERIA PENGHAKIMAN
1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.
2. Hadiah pertandingan mengikut kategori bukan tema. Kategori fotografi dan viedografi sahaja.
3. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan.
4. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan jika ianya melanggar terma & syarat.
5. Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan tema, komposisi, keaslian, kreativiti, dan aplikasi teknik fotografi dan videografi yang terbaik.
6. Keputusan hakim atau juri adalah muktamad.
G. HADIAH
1. Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:
KATEGORI FOTOGRAFI
Hadiah Tempat Pertama : RM 2,000.00 + Sijil Penyertaan
Hadiah Tempat Kedua : RM 1,500.00 + Sijil Penyertaan
Hadiah Tempat Ketiga : RM 1,000.00 + Sijil Pneyertaan
Hadiah Saguhati x 4 : RM 200.00 + Sijil Penyertaan
KATEGORI VIDEOGRAFI
Hadiah Tempat Pertama : RM 3,000.00 + Sijil Penyertaan
Hadiah Tempat Kedua : RM 2,000.00 + Sijil Penyertaan
Hadiah Tempat Ketiga : RM 1,500.00 + Sijil Pneyertaan
Hadiah Saguhati x 2 : RM 400.00 + Sijil Penyertaan
2. Semua peserta akan diberikan E-SIJIL PENYERTAAN.
3. Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur dan nama para pemenang akan dimaklumkan kelak.
4. Hadiah yang tidak dituntut selepas satu bulan dari keputusan diumumkan akan ditarik balik.
H. TEMPOH PERTANDINGAN
1. Tarikh tutup pertandingan SELEWAT-LEWATNYA SEBELUM JAM 12:00 TENGAHARI PADA 9 DISEMBER 2022..
2. KARYA FOTO hendaklah diberikan dalam bentuk cetakan (hardcopy) BESERTA BORANG PENYERTAAN dan dihantar kepada urus setia pertandingan di alamat:
UNIT PELANCONGAN
JABATAN KORPORAT DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
3-2-A, TINGKAT 1, BAHAGIAN KORPORAT, JALAN SUASA 1,
42700 BANTING,
SELANGOR DARUL EHSAN.
4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan tiba lewat dari tarikh tutup pertandingan.