Program Pembangunan Automasi Elektrik (EAAP) merupakan inisiatif pembangunan bakat yang komprehensif yang menggabungkan bidang-bidang Kenderaan Elektrik (EV) dan Automasi Industri. Ia bertujuan untuk melengkapi peserta dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam landskap yang berkembang dengan pesat dalam proses industri elektrik, teknologi automasi, dan integrasi sistem EV ke dalam pelbagai sektor industri.
Program ini menawarkan gabungan pembelajaran teori, pengalaman praktikal , dan pendedahan industri untuk membentuk profesional yang holistik dalam domain-domain yang saling berkaitan ini. Program ini terdiri daripada 2 modul iaitu : (i) Modul Teras - Hybird /EV Persijilan Tahap 3, Institute of the Motor Industry, UK dan modul elektif yang terdiri daripada (ii) Pensijilan Siemens dalam PLC atau Sijil Industri yang berkaitan.
Tempoh: Program ini direka bentuk untuk fleksibel dan boleh diselesaikan dalam jangka masa yang sesuai dengan jadual peserta. Modul teras memerlukan 7 hari latihan intensif secara bersemuka, yang boleh diselesaikan melalui kelas hujung minggu atau program tujuh hari secara terus. Pensijilan Siemen / Industri terdiri daripada 14 / 21 hari latihan secara hibrid dan juga menawarkan fleksibiliti kelas hujung minggu atau kelas waktu petang.
Modul elektif: Bergantung kepada keperluan industri semasa penempatan pekerjaan.
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia berketurunan India.
- Berumur daripada 20 tahun keatas.
- Diploma /STPM /Sarjana Muda Atau sijil setara yang berkaitan.
- Sihat tubuh badan dan mental.
- Terdiri daripada golongan B40( pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,850.00 sebulan) atau M40 (Pendapatan isi rumah dari RM 4,851.00 - RM 10,970.00 Sebulan).
- Tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang.
- Pengalaman berkerja dalam industri Automotif selama 1 tahun.
- Mempunyai minat untuk menceburi dalam industri Automotif untuk menjana pendapatan.