• PERJANJIAN SEWA BILIK

  • Perjanjian Sewaan Bilik
     
    Perjanjian Sewa ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (Tarikh Masuk) di antara dua pihak yang telah dinyatakan dalam Seksyen 2 (selepas ini dinyatakan sebagai “Pihak Hi Pro” sebagai pihak pertama dan satu pihak lagi (selepas ini dinyatakan sebagai “Penyewa” ) di pihak kedua.
     
    ADALAH DINYATAKAN BAHAWA
    1) Pihak Hi Pro merupakan pentadbir/pengurus sah kepada hartanah Rumah/Bilik Sewa yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (selepas ini dinyatakan sebagai “Rumah/Bilik Sewa”).
     
    2) Pihak Hi Pro telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Rumah/Bilik Sewa   berserta kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.
     
    ADALAH DIPERSETUJUI
     
    1. Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah dipersetujui oleh Pihak HI PRO dan Penyewa untuk menerima sewaan bagi Rumah/Bilik Sewa pada jangkamasa, tarikh masuk dan tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (Tarikh Masuk)
     
    2. Nilai sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 2 (Kadar Sewa) dan hendaklah dibayar pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 2. Sewaan hendaklah dibayar terus ke akaun Pihak HI PRO seperti berikut:
    Nama Pemilik Akaun : HI PRO VENTURES SDN BHD
    Nombor Akaun : 562302617214
    Nama Bank : MAYBANK
    Slip pembayaran hendaklah dihantar kepada Pihak HI PRO melalui cara/saluran yang telah dipersetujui sebagai bukti pembayaran.
     
    3. Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Rumah/Bilik Sewa sebanyak SATU (1) bulan sewaan seperti dinyatakan dalam Seksyen 2 (Deposit Sewa) sebagai jaminan terhadap kebolehupayaan Penyewa dalam menjaga baik Rumah/Bilik Sewa. Jumlah deposit adalah kekal sepanjang jangkamasa sewaan dan hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa TIGA PULUH (30) hari selepas tarikh tamat sewaan atau kurang oleh Pihak HI PRO.
    DEPOSIT TIDAK AKAN DIPULANGKAN SEKIRANYA:
    • Berlaku kerosakan pada rumah/bilik sewa mahupun peralatan yang disediakan yang disebabkan oleh penggunaan penyewa 
    • Sekiranya penyewa ingin menamatkan kontrak lebih awal atau gagal memenuhi tempoh sewa pada perjanjian ini.
    • Penyewa tidak memastikan keadaan rumah/bilik sewa dalam keadaan bersih dan meninggalkan barang-barang yang dibawa sepenjang waktu penyewaan dan tidak mengeluarkan semula barang-barang tersebut.
     
    4. Tiada deposit untuk bil air dan lektrik yang dikenakan kepada penyewa, namun Pihak Hi Pro menegaskan agar Pihak penyewa mengunakan elektrik dan air dengan berhemah. Bil akan ditanggung oleh pihak Hi Pro hanyalah sebanyak maksimum RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Shj.) untuk bil Elektrik dan maksimum RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Shj.) untuk bil Air setiap bulan untuk keseluruhan rumah. Lebih daripada itu ianya ditanggung oleh pihak penyewa. Penyewa dikehendaki membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik) seperti dinyatakan. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa setelah tamat tempoh sewaan dan segala pembayaran kemudahan asas bulanan selesai selama Penyewa tinggal di dalam Premis
     
    5. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA seperti dinyatakan:
     
    5.1 Membayar jumlah sewaan Rumah/Bilik Sewa pada tarikh yang ditetapkan, iaitu pada atau sebelum 1 haribulan setiap bulan. Kegagalan Penyewa membayar sewa selama SATU (1) bulan boleh menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Pihak HI PRO berhak ke atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Pihak HI PRO juga berhak terhadap Rumah/Bilik Sewa secara automatik. Penyewa tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Pihak HI PRO apabila Pihak HI PRO memberikan notis keluar kepada penyewa untuk Rumah/Bilik Sewa yang disewa.
     
    5.2 Menjaga dan memelihara persekitaran Rumah/Bilik Sewa   dan semua peralatan yang disediakan dengan baik. Segala peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.
     
    5.3 Tidak membuat pengubahsuaian atau penambahan ke atas Rumah/Bilik Sewa, tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis atau lisan dari pihak HI PRO.
     
    5.4 Tidak membenarkan atau menyewa secara bersama Rumah/Bilik Sewa   tersebut kepada individu selain yang telah dipersetujui dalam Seksyen 1. Sebarang perubahan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pihak HI PRO.
     
    5.5 Tidak menyebabkan atau disebabkan Rumah/Bilik Sewa tersebut melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan atau atau garis panduan daripada mana-mana agensi kerajaan atau badan atau organisasi bertanggungjawab sehingga menyebabkan perlanggaran polisi atau polisi insurans berkaitan kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran atau meningkatkan risiko kebakaran sehingga menyebabkan tambahan premium.
     
    5.6 Penyewa bersetuju untuk membersihkan segala sampah atau sisa-sisa dan menyerahkan Rumah/Bilik Sewa tersebut dalam keadaan baik dan bersih dan telah dibuat pembaikan kepada Pihak HI PRO. Penyewa dibolehkan menanggalkan gantungan atau pemasangan kepunyaan Penyewa tetapi Penyewa mesti melakukan pembaikan keatas segala kecacatan atau kerosakan akibat penanggalan gantungan atau pemasangan tersebut.
     
    5.7 Tidak menyimpan atau membawa masuk ke dalam Rumah/Bilik Sewa senjata, senjata api, bahan letupan, peledak, peluru atau sebarang bahan mudah terbakar, meletup, merbahaya dan melanggar undang-undang.
     
    5.8 Tidak menggunakan Rumah/Bilik Sewa untuk kegunaan yang boleh melanggar undang-undang atau tidak bermoral, perniagaan atau pusat penyimpanan atau tempat perjudian walau dalam bentuk apa cara sekalipun.
     
    5.9 Tidak menambah kunci atau mangga pintu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pihak HI PRO. Pihak HI PRO akan memberikan kunci pendua bagi semua pintu rumah. Sekiranya berlaku masalah kunci tertinggal samaada di bilik atau di mana-mana tempat lain, pihak HI PRO akan mengenakan caj RM 50 untuk datang dan membukakan pintu untuk penyewa.
     
    5.10 Penyewa adalah bertanggungjawab untuk membaikpulih Rumah/Bilik Sewa   dengan kos ditanggung oleh penyewa sekiranya berlaku kerosakan, dengan perbincangan dengan Pihak HI PRO terlebih dahulu.
     
    5.11 Penyewa bersetuju untuk menyewa dan bersetuju untuk memulangkan Rumah/Bilik Sewa dalam keadaan asalnya dan membayar kos pembersihan sekiranya Pihak HI PRO perlu mengupah untuk membersihkan Rumah/Bilik Sewa.
     
    5.12 Notis dalam tempoh 2 bulan sebelum tamat perjanjian sewaan, kecuali  Penyewa telah memberikan notis bertulis untuk memperbaharui perjanjian tersebut.
     
    6. LAIN-LAIN PERKARA
     
    6.1 RUANG PARKING (*sekiranya berkaitan)
    Ruangan parking untuk kereta dan motosikal bergantung kepada availability yang ada di Apartment Goodyear Court 1.
    • Untuk kenderaan jenis motorsikal bayaran adalah sebanyak RM 30 sekali bayaran waktu permohonan.
    • Untuk kenderaan jenis kereta, bayaran bulanan adalah sebanyak RM 80, Pihak kami akan membantu menyediakan sticker parking bulanan untuk penyewa dan penyewa perlu update Pihak admin Hi Pro untuk permohonan access card dan sticker kereta tiap-tiap bulan. Kegagalan untuk mendapatkan sticker kereta akan mengakibatkan kereta atau motor anda di CLAMP oleh Pihak Goodyear Court 1.
    • Sebarang kehilangan sticker/resit dan kad akses akan ditanggung oleh PENYEWA sepenuhnya bagi menggantikan dengan yang baru.
     
    6.2 ETIKA PENYEWA
    • Menjaga Keharmonian – semua penyewa hendaklah pandai dan bijak menjaga keharmonian sesama penyewa lain dalam satu rumah. Rumah dan bilik adalah dikongsi bersama
    • Tidak membawa sebarang pelawat luar - Perkara ini amat diambil berat oleh TUAN RUMAH. Adalah dilarang membawa kawan/ ahli keluarga/ sesiapa sahaja menetap walaupun sehari.
    • Jangan Merokok, Vape dan sebagainya – merokok atau vape di dalam bilik atau didalam rumah adalah dilarang sama sekali.
    • Sikap – sentiasa menjaga sikap dan beretika
     
    6.3 KEBERSIHAN
    Kebersihan adalah antara perkara yang sangat dititik beratkan terhadap rumah ini. Kebersihan bilik dan rumah adalah tanggung jawab setiap penyewa untuk menjaganya.
    Kawasan dalam bilik mahupun kawasan di luar bilik seperti dapur, balkoni ruang tamu dan lain-lain haruslah dipastikan sentiasa bersih dan kemas. Barang-barang peribadi hendaklah diletakkan di dalam bilik masing-masing, jangan diletakkan di luar bilik bagi mengelakkan rumah bersepah.
    Pihak Hi Pro akan sentiasa melaksanakan aktiviti berikut dari masa ke semasa bagi memastikan kebersihan rumah:
    • Melakukan lawatan berkala.
    • Memberikan amaran dan peringatan sekiranya terdapat masalah kebersihan dan kekemasan rumah.
    • Mengenakan caj kebersihan atau penolakan deposit sekiranya masalah masih berlanjutan
    • atau pemberian notis keluar rumah sudah berkali-kali amaran telah diberikan dan masalah berterusan.
     
    6.4 MENJAGA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
    Pihak penyewa hendaklah menjaga keadaan rumah serta segala kelengkapan di dalamnya, kesemua peralatan dan kelengkapan yang disediakan adalah dalam keadaan berfungsi ketika penyewa masuk. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan akibat daripada pengunaan yang tidak cermat dan cuai ianya adalah dibawah kos tanggungan penyewa. Ianya termasuk peralatan seperti kipas, cerek, lampu, sinki yang tersumbat dan sebagainya. Sebarang kerosakan peralatan di dalam rumah adalah di bawah kos penyewa. Termasuk maslah sinki yang tersumbat.
     
    6.5 TEMPOH MINIMUM SEWAAN
    • Tempoh minimum bagi PENYEWA adalah 12 BULAN.
    • Sekiranya PENYEWA dalam tempoh PRAKTIKAL, sila sertakan surat praktikal yang menyatakan tempoh praktikal.
     
    6.6 KEBENARAN MASUK RUMAH/BILIK SEWA DARI PIHAK HI PRO
    • Selama penyewa menduduki rumah, Tuan Rumah berhak memasuki rumah ini sekiranya perlu untuk membawa bakal penyewa masuk melawat, membetulkan kerosakan dan sebagainya. Namun, bagi menjaga privasi penyewa, Tuan Rumah akan memaklumkan dahulu di dalam group WhatsApp sebelum memasuki rumah.
    • Adalah menjadi suatu keperluan MUSTAHAK untuk semua penyewa membaca dengan SEGERA sebarang mesej di dalam group WhatsApp ini bagi mengelakkan sebarang salah faham di kemudian hari.
     
    6.7 NOTIS KELUAR
    • Hendaklah dibuat sekurang-kurangnyaa Dua (2) bulan sebelum tarikh keluar. Tarikh rasmi keluar adalah di penghujung bulan.
    • Pihak Hi Pro Ventures boleh memberikan notis sekurang-kurangnya 2 bulan sekiranya ada keperluan untuk mengeluarkan atau memindahkan penyewa
    • Sekiranya ada berlaku perlanggaran peraturan dan syarat daripada Pihak penyewa, Pihak Hi Pro Ventures boleh memberikan notis keluar segera serta deposit tidak akan dipulangkan.
  • Seksyen 1: Maklumat Penyewa

  • Upload Files
    Drag and drop files here
    Choose a file
    Cancelof
  • Seksyen 2: Maklumat Rumah/Bilik Sewa

  • PIHAK YANG MENGURUSKAN SEWAAN RUMAH/BILIK SEWA IALAH HI PRO VENTURES SDN BHD

  •  - -
    • Kontrak tempoh penyewaan adalah selama 12 bulan dari tarikh masuk.
    • Untuk kemasukan sebelum 15 haribulan, kadar sewa adalah dikira sebulan penuh
    • Untuk kemasukan selepas 15 haribulan, kadar sewa adalah dikira separuh bulan.
    • Notice keluar hendaklah dibuat dalam tempoh 2 bulan.
    • Tarikh keluar adalah mengikut kepada tarikh hujung bulan.
  • BAYARAN SEWA ADALAH SEBELUM 1 HARIBULAN SETIAP BULAN

  • Browse Files
    Drag and drop files here
    Choose a file
    Cancelof
  • Clear
  • Should be Empty: