TERMA DAN SYARAT
Kami ansuran kutu, sambil bayar sambil tunggu giliran untuk dapat phone
- 1 group ada 10 orang (Anda akan dimasukkan ke dalam group WhatsApp)
- Tempoh kutu selama 10 bulan
- 1 bulan 1 orang dapat phone
- Tarikh akhir bayaran setiap bulan adalah pada 10hb.
- Tarikh penerimaan phone adalah antara 10hb-15hb setiap bulan.
Giliran dapat phone akan ditentukan melalui cabutan undi melalui aplikasi random picker pada setiap awal bulan. Admin akan rakam dan share ke dalam group WhatsApp hasil cabutan undi.
Semua dokumen akan ini kami minta bila tiba giliran dapat phone nanti
- Salinan IC pemohon (berpalang)
- Penyata gaji
- Slip gaji (Terkini)
- Tiada payslip? Bagi penyata bank (3bulan hingga terkini)
- Ada bisnes? Boleh hantar penyata bank (3 bulan terkini) berserta Sijil SSM yang masih hidup.
- Anda surirumah? Boleh hantar payslip atau penyata bank suami (3 bulan terkini)
- Anda pelajar? Boleh hantar payslip atau penyata bank ibu atau ayah (3 bulan terkini). Nama pada payslip/penyata bank hendaklah sama dengan nama penjamin. (MESTI MENDAPAT KEIZINAN DARIPADA PENJAMIN)
- Salinan IC penjamin (Mesti dalam kalangan ahli keluarga)
- Salinan bill utiliti (Untuk pengesahan alamat tempat tinggal)
Sekiranya anda mempunyai 4 dokumen penting ini. Anda layak untuk menyertai ansuran bulanan kutu kami. Namun, kesemua dokumen ini akan diminta pada bulan anda mendapat cabutan giliran anda.
FIKIR MASAK-MASAK SEBELUM MENYERTAI ANSURAN BULANAN KUTU KAMI.
Penarikan diri:
Sekiranya anda membuat keputusan menarik dari daripada ansuran kutu kami,
- Anda perlu mencari pengganti diri anda.
- Wang bayaran bulanan yang sudah dibayar tidak akan dipulangkan.
- Sekiranya berlaku kematian/kemalangan hingga mengganggu bayaran bulanan anda, 40% daripada jumlah bayaran yang sudah dibuat akan dikembalikan kepada penjamin anda. Pihak kami akan menghubungi penjamin anda.