Hi, saya Aliaa Nazri!
Saya adalah seorang 'Marketing Representative' di Capspring Temasik Financial Group Sdn Bhd (CTFG), sebuah syarikat penasihat kewangan berlesen oleh BNM. We're legit, you can check. ;)
Saya tidak terikat dengan mana-mana pengendali takaful/syarikat insurans tertentu. Sebaliknya, saya mewakili klien saya untuk mencari pilihan takaful/insurans terbaik untuk memenuhi keperluan mereka. Untuk itu, melalui CTFG, saya mempunyai akses kepada kebanyakan pengendali takaful/syarikat insurans, untuk pelbagai perlindungan individu mahupun korporat.
Disclaimer. Borang ini disediakan oleh saya, untuk mengumpul maklumat klien secara sistematik, untuk membuat sebut harga dan permohonan berkaitan. Borang ini tiada kena-mengena dengan CTFG ataupun mana-mana syarikat insurans/badan berkaitan. Saya amat mementingkan privasi klien-klien saya dan memastikan maklumat klien saya disimpan dengan selamat. Sebarang maklumat tidak akan didedahkan kecuali kepada syarikat terbabit, atau urusan kecemasan, atau diminta oleh pihak berkuasa yg berkenaan.
Jom, kita mulakan. :)