Maklumat Program
Kepada ibu bapa dan penjaga yang berminat untuk menyertai program pemeriksaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Program ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak di bawah 12 tahun.
Tarikh : 13 July 2024
Masa : 10 pagi - 3 petang
Lokasi : My Lovely Baby (Puchong)
Alamat : No 1, Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100, Puchong, Selangor, Malaysia
Sila isikan maklumat lengkap di dalam borang ini untuk menempah slot anda.
Sekiranya anda mempunyai lebih daripada 1 anak, sila membuat tempahan untuk 2 slot yang berbeza pada Lane yang sama.
Persediaan sebelum hadir pemeriksaan
1. Sila bawa bersama dokumen ini bagi memastikan pemeriksaan CRS berjalan lancar:
a. Manual penggunaan CRS
b. Manual Kereta
2. Pastikan anda membawa CRS! Anak anda adalah digalakkan untuk hadir bersama.
3. Sila datang awal 10 minit sebelum slot anda.
4. Sila pastikan keselamatan anak anda ketika pemeriksaan CRS sedang berlangsung.