PENGENALAN
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkenalkan Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 sebagai salah satu tuntutan PERKESO yang boleh dibuat oleh para pencarum.
Kalau anda nak tahu, seramai 23,174 pencarum pada tahun 2022 dilaporkan mengalami hilang upaya atau meninggal dunia disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD).
Tambahan lagi, 42 peratus pekerja direkodkan mengalami masalah obesiti, 14.1 peratus menghidapi kencing manis, dan 27.9 peratus mengalami hilang upaya.
Apa Itu Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0
Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 merupakan penawaran pemeriksaan kesihatan percuma kepada pencarum PERKESO yang layak.
HSP 3.0 ini menawarkan ujian pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi pengesanan lebih banyak faktor risiko NCD (Non-Communicable Disease).
Tawaran ini dibuka kepada ke semua pekerja atau pencarum PERKESO yang berumur 40 hingga 59 tahun, termasuk individu yang pernah menjalani ujian saringan HSP sebelum ini.
TEMPOH SARINGAN
Ujian pemeriksaan kesihatan percuma ini berlangsung sehingga 31 Disember 2024 sahaja.