Kategori Orang Berinsurans (OB) yang layak memohon:
✅ Diberhentikan kerja oleh majikan (Mempunyai surat diberhentikan kerja)
✅ Kehilangan kerja disebabkan oleh syarikat ditutup
✅ VSS/MSS
Jika, anda merupakan salah satu daripada kategori di atas, bermaksud anda layak untuk memohon. Namun, jika anda merupakan salah satu daripada kategori di bawah bermakna anda TIDAK LAYAK memohon.
❌ Letak jawatan atau berhenti sukarela
❌ Diberhentikan disebabkan masalah displin
❌ Bersara
❌Tidak menerima caruman SIP daripada majikan terdahulu
❌ Tamat kontrak pekerjaan
Sila semak status permohonan anda terlebih dahulu sebelum memohon!
--------------------------------------------------------------------------

Manfaat kursus latihan SIP yang disediakan kepada OB yang berkelayakan
✅ Kursus Pensijilan Profesional Kemahiran Barista secara PERCUMA
✅ Sijil dikeluarkan oleh SCA Barista Skills (Foundation)
✅ Elaun Latihan
NOTA: ELAUN LATIHAN HANYA DIBERIKAN JIKA ANDA HADIR KURSUS SEPENUHNYA
Jadi, jika anda seorang yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang ini!
-------------------------------------------------------------------------------
Mengenai Kami
Kami adalah Penyedia Latihan PERKESO yang berdaftar yang menyediakan kursus pensijilan Profesional, SCA Barista Skills (Foundation)
Di bawah adalah screenshot maklumat penyedia latihan di portal SIP: