IBU BAPA/PENJAGA
1. Pendaftaran disahkan apabila ibu bapa membayar yuran pendaftaran:
a- Pendaftaran Tahunan Pelajar Lama RM 75 (Diskaun RM 10)
b- Pendaftaran Tahunan Pelajar Baru RM 85
* PELAJAR LAMA YANG BERHENTI LEBIH DARI 2 BULAN AKAN DIKIRA SEBAGAI PELAJAR BARU SEMULA.
2. Jika pelajar ingin dicutikan, bayaran 50% yuran perbulan (mengikut jumlah bulan dicutikan) perlu dijelaskan terlebih dahulu untuk menyimpan tempat pelajar tersebut di dalam kelas.
3. Menjadi tanggungjawab ibubapa/penjaga membayar yuran bulanan tuisyen setiap bulan.
4. Ibubapa/penjaga perlu membayar yuran pada awal bulan setiap bulan pembelajaran.
5. Ibubapa perlu memastikan anak-anak datang datang ke kelas pada tepat waktunya.
PELAJAR
1. Pelajar perlu datang ke kelas seperti yang dijadualkan.
2. Tiada kelas ganti atas kegagalan pelajar menghadiri kelas seperti yang dijadualkan,
3. Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat.
4. Pelajar dikehendaki menjaga adab-adab belajar ketika berada di dalam kelas.
YURAN
1. Kaedah pembayaran adalah secara “BAYAR DAHULU & BELAJAR”
2. “BAYAR DAHULU & BELAJAR” bermaksud ibubapa/penjaga perlu menjelaskan pembayaran yuran pada awal bulan sebelum kelas pembelajaran pada bulan tersebut bermula.
3. Yuran perlu dijelaskan sebelum 5hb setiap bulan dan selewatnya 10hb.
4. Kegagalan membayar yuran sebelum tarikh di atas menyebabkan anak anda tidak dibenarkan masuk ke kelas.
5. Yuran bulanan perlu dijelaskan secara dalam talian ke akaun Pusat Tuisyen Paradigma Ilmu atau di pejabat pusat tuisyen.
KELAS TUISYEN
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kegagalan pelajar untuk menghadiri kelas yang dijadualkan dan tiada kelas ganti akan diadakan.
2. Sekiranya masalah berpunca daripada guru, maka kelas ganti perlu diadakan.
3. Pihak kami berhak menukarkan jadual kelas dengan persetujuan ibubapa/penjaga dan pelajar.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan pelajar semasa pergi dan pulang.
5. Pihak kami berhak menegur pelajar sebarang salahlaku pelajar sepanjang kelas pembelajaran.