Pendaftaran Sesi Taklimat Program PPT SKM & DKM Bidang Urutan
  • SILA BACA DENGAN TELITI MAKLUMAT PROGRAM DI BAWAH SEBELUM MENGISI BORANG PENDAFTARAN TAKLIMAT

  • Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    Sebelum Tuan/Puan membuat pendaftaran sesi taklimat program, mohon kerjasama untuk baca dengan teliti maklumat di bawah. 

    ________________________________

    Pertama sekali, kami ucapkan terima kasih kerana berminat untuk dapatkan SKM 3 Urut Terapi dan DKM Urut Terapeutik & Penjagaan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). 

    Bagi memastikan kesemua bakal peserta memahami sepenuhnya pelaksanaan program, sesi taklimat akan diadakan secara dalam talian (Online). 

    TIADA BAYARAN DIKENAKAN UNTUK SERTAI SESI TAKLIMAT. BAYARAN HANYA PERLU DIBUAT SELEPAS HADIR MENDENGAR SESI TAKLIMAT DAN BERSETUJU DENGAN PELAKSANAAN PROGRAM.

    Hanya peserta yang menyertai sesi taklimat sahaja akan dibenarkan untuk membuat pendaftaran program.

    Penting untuk dimaklumkan bahawa program ini adalah program berbayar.  Bukan PERCUMA atau TAJAAN atau GERAN.

    Yuran bagi program PPT SKM 3 Urut Terapi adalah RM970 termasuk bayaran pendaftaran JPK sebanyak RM300. 

    Manakala, yuran bagi program PPT DKM Urut Terapeutik & Penjagaan pula adalah RM2,470 termasuk bayaran JPK sebanyak RM500.

    Yuran hanya RM2,970 bagi peserta yang mendaftar kedua-dua program. (Diskaun RM470).

    Program PPT ini BUKAN KURSUS URUT untuk mengajar peserta yang baru nak belajar teknik Urutan.

    Program ini KHAS untuk membantu peserta yang berpengalaman dalam bidang urutan mendapatkan SKM 3 Urut Terapi & DKM Urut Terapeutik & Penjagaan

    Selepas mengisi borang pendaftaran taklimat program di bawah, anda akan dimasukkan ke dalam WhatsApp Group Khas mengikut tarikh taklimat yang dipilih. 

    Segala makluman lanjut seperti tarikh, lokasi program dan kaedah pembayaran akan diberikan semasa sesi taklimat. 

    Terima kasih.

    Malaysian Institute of TVET Educators
    Pusat Bertauliah JPK

     

    Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cikgu Nik di talian 013-705 9232.

  • Pendaftaran Sesi Taklimat Program PPT SKM & DKM

    SKM 3 Urut Terapi dan DKM Urut Terapeutik & Penjagaan
  • Umur Semasa (2025):*
  • Tempoh Pengalaman Dalam Bidang Urutan:*
  • Program PPT Yang Anda Ingin Sertai:*
  • Adakah Anda Telah Memiliki SKM 3 Urut Terapi?*
  • Adakah Anda Boleh Beri Komitmen Sepenuhnya Kepada Program Ini (Jika Layak)*
  • Pilih Sesi Taklimat Program Yang Ingin Disertai (Online)*
  • Should be Empty: