Terma & Syarat
Saya, selaku peserta program ini, dengan ini mengakui, memahami dan bersetuju bahawa:
Saya memahami bahawa program ini adalah di bawah tajaan pembiayaan penuh bagi yang berkelayakan sahaja dan tertakluk kepada kelulusan akhir.
Saya bersetuju untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas pembiayaan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang komitmen atau kewajipan pembayaran yang berkaitan.
Saya bersetuju bahawa setelah pembiayaan diluluskan, saya akan menghadiri dan menjalani latihan/program ini sepenuhnya tanpa gagal serta mematuhi semua keperluan yang ditetapkan.
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang dinyatakan adalah benar, dan saya bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di atas.
Kelulusan tajaan tertakluk kepada ketetapan Agensi yang menaja program yang ditawarkan ini.
Pendaftaran ini adalah untuk sesi Penerangan. Pendaftaran bagi Penajaan hanya akan dilaksanakan selepas sesi Penerangan dan mendapat persetujuan pihak pelajar