Pengenalan Program
Program K-Youth Bersijil Modular Penyenggaraan Pesawat dengan Jaminan Penempatan Kerja adalah inisiatif kebolehpasaran belia yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Objektif utama program ini adalah untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran yang relevan dengan industri serta pengalaman kerja yang praktikal. Tempoh program ini dijalankan adalah selama empat (4) bulan. Program ini menggabungkan latihan berstruktur yang dikendalikan oleh Allied Aeronautics Training Centre latihan sambil bekerja (OJT) bersama Syarikat Hos yang ditetapkan.
Manfaat Program
- Peserta akan menerima elaun/imbuhan kasar bulanan sebanyak RM 1,700.00
sepanjang tempoh program dijalankan.
- Peserta akan menerima Sijil Modular daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
- Bantuan elaun penginapan sebanyak RM 300.00 sebulan akan diberikan
kepada peserta.
- Peserta akan menerima kemudahan caruman berkanun termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO),
dan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS).
- Selepas berjaya menamatkan program, Syarikat Hos akan menawarkan
penempatan pekerjaan untuk tempoh minimum selama 12 bulan.
- Peserta layak mendapat kemudahan cuti sakit berbayar (dengan sijil
perubatan yang sah) serta pelepasan cuti umum.
Syarat Penyertaan
- Disasarkan kepada golongan belia Malaysia yang menganggur dan ingin menceburi bidang Penyenggaraan Pesawat berumur 18-30 Tahun.
- Kehadiran dan penyertaan dalam semua program latihan, bengkel, dan
aktiviti pembangunan adalah diwajibkan.
- Peserta perlu bersedia untuk mematuhi semua dasar, peraturan, danprosedur yang ditetapkan oleh Allied Aeronautics Training Centre dan Syarikat Hos.
- Peserta diwajibkan untuk mengekalkan tahap profesionalisme dan
kelakuan beretika pada setiap masa sepanjang program.
DAFTAR SEKARANG
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut
Sila hubungi kami di:
011 26767121 (ms. Ida)