Persetujuan Pemindahan Hak Cipta Video untuk SPK2023
Dengan ini, saya ({panggilanpangkat} {namaPembentang}) bersetuju bahawa hak cipta kepada pembentangan video untuk kertas kerja saya yang bertajuk "{tajukArtikel}" (termasuk, tanpa had, hak untuk menerbitkannya secara keseluruhan atau sebahagiannya dalam semua bentuk dan media, kini atau selepas ini) dengan ini dipindahkan ke Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2023 (selepas ini dikenali sebagai SPK2023) anjuran Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, berkuat kuasa pada tarikh perjanjian ini, atas pemahaman bahawa kertas kerja ini telah diterima untuk pembentangan.
Saya dengan ini menyatakan bahawa video ini adalah hasil kerja asal saya dan tidak pernah digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada SPK2023. Video ini juga tidak mengandungi sebarang bahan berhak cipta (gambar, audio, video atau animasi) yang di ambil dan di susun daripada sumber yang mana hak cipta dimiliki oleh pihak ketiga.
Saya mengakui bahawa tiada bahagian dalam video ini mengandungi bahan (gambar, audio, video atau animasi) yang lucah, atau menyentuh perkara sensitif yang tiada kaitan dengan penyelidikan saya, atau mengandungi kenyataan yang bercanggah dengan undang-undang tempatan atau antarabangsa yang berkaitan atau yang melanggar hak orang lain.
Saya bersetuju untuk bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh untuk video ini sekiranya terdapat sebarang tuntutan ganti rugi yang timbul berhubung perkara di atas.
Saya juga bersetuju untuk membenarkan video ini diterbitkan dalam talian (saluran Youtube Seminarfpe) dan tidak akan membuat sebarang tuntutan, menuntut ganti rugi, tindakan atau kos lain yang timbul selepas video itu diterbitkan.