Saya mengaku dan bersetuju bahawa Yayasan ini dibenarkan untuk mengumpul, menyimpan dan memproses data peribadi, dokumen dan maklumat berkaitan dengan saya. Saya akan, dalam tempoh 14 hari selepas menerima sebarang permintaan dari Yayasan, mematuhi dan menyediakan segala data, dokumen dan maklumat yang diminta.
Saya mengaku dan bersetuju bahawa Yayasan ini boleh berkomunikasi dengan mana-mana badan kerajaan atau bukan kerajaan, korporat, masyarakat, yayasan, syarikat, agensi, jabatan, entiti atau individu untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang saya, terutamanya tetapi tidak terhad kepada pengesahan sebarang data, dokumen atau maklumat yang telah saya berikan kepada Yayasan ini.