PENDAFTARAN VENDOR  Logo
  • PENDAFTARAN VENDOR

    KARNIVAL FEUSE x AOR ART STREET
  • FEUSE 2025 x AOR ART STREET

    Tempat : Perkarangan Ukir Mall, Alor Setar, Kedah.

    Tarikh : 24 Januari 2025 hingga 26 Januari 2025

    Waktu Operasi : 10.00 AM - 10.00 PM

    Tema : Rock n' Roll


    Harga Tapak (3 HARI) : 

    • KHEMAH 10 x 10 @ 8 x 12 - RM 400 per lot
    • PAYUNG 8 x 8 - RM 300 per lot

    Vendor yang ingin bersama Karnival diwajibkan membayar penuh tapak perniagaan sebelum mula event mengikut tarikh yang akan ditetapkan.

    Borang ini HANYA kepada yang betul-betul ingin bersama kami pada tarikh tersebut dan kami mohon untuk tidak tarik diri disaat akhir supaya memudahkan urusan kami menyusun atur lot khemah. Jika perlu tarik diri atas sebab yang tidak dapat dielak, sila maklum pada kami selewatnya seminggu sebelum.

    **Nota tambahan:

    Jika pihak vendor ingin berkolaborasi, sila maklum dan mendapat kelulusan dari pihak penganjur dahulu.

  • SYARAT VENDOR AOR ART STREET

    1.      Vendor MESTI komited untuk semua (3) tiga hari tarikh acara.

    2.      Hanya berwarna Khaki/cream/beige sahaja dibenarkan. Khemah berbentuk A Shape akan diberikan keutamaan

    3.      Bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan slot gerai anda. Tiada bayaran balik selepas bayaran penuh dibuat.

    4.      Perkongsian gerai TIDAK DIBENARKAN bagi mereka yang memakai payung.

    5.      Hiasan booth hendaklah berkonsepkan ‘Rock N Roll', tidak dibenarkan untuk memasang streamer atau banner yang menutup booth jiran.

    6.      Vendor terpilih dan/atau disahkan akan dimaklumkan melalui WhatsApp.

    7.      Semua gerai dan kawasan gerai hendaklah dibersihkan dan disimpan di tempat yang dibenarkan.

    8.      Vendor perlu menyediakan plastik sampah dan sampah perlu dibuang di tong sampah besar yang disediakan.

    9.      Penganjur Acara & Tempat tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa acara.

    10.   Vendor MESTI memaklumkan Penganjur Acara jika anda membawa peralatan elektronik (terutamanya bagi vendor F&B) kerana penganjur akan membuat penyusunan elektrik.

    11.   Semua vendor MESTI membuka gerai mereka tepat pada pukul 10.00 pagi dan menutup tepat pada pukul 10:00 malam. 

    12.   Pelan lantai atau Lokasi Gerai akan disusun oleh Penganjur Acara mengikut kesesuaian dan akan disediakan apabila dekat dengan tarikh acara.

    13.   Vendor TIDAK DIBENARKAN menjual sebarang barangan yang tidak dinyatakan dalam borang pendaftaran atau diluluskan oleh Penganjur Acara. Penganjur Acara berhak untuk mengeluarkan sebarang barang yang tidak dimaklumkan atau diluluskan terlebih dahulu.

    14.   Penganjur Acara tidak menyediakan atau menanggung sebarang kos untuk tempat letak kereta atau tol anda. Semua adalah atas perbelanjaan vendor sendiri.

    15.   Penganjur Acara berhak membuat perubahan terhadap pengagihan gerai, harga, terma & syarat tanpa notis awal dan tanpa penjelasan lanjut.

     

     

  • MAKLUMAT VENDOR

    Perlu diisi oleh pemilik booth sahaja
  • Upload gambar booth anda
    Drag and drop files here
    Choose a file
    Cancelof
  • Should be Empty: