BON PEMBIAYAAN
Saya {nama} No kad pengenalan {noKp} yang beralamat di {alamatPenghantaran} dan nombor anggota BSN {noId} hari ini telah mengambil pembiayaan Konsumer melalui ekoba ecatalog.
- Saya bersetuju bahawa kemudahan pembiayaan ini adalah di bawah prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq) dan bersetuju melantik pihak KOBANAS sebagai wakil saya bagi pembelian komoditi dan pelantikan wakil bagi menyempurnakan akad pembelian di Bursa Suq Al-Sila’ dan perlantikan wakil penjualan komoditi kepada pembeli-pembeli komoditi di Bursa Malaysia Islamic Services Sdn. Bhd. Saya bersetuju pihak KOBANAS menjual komoditi kepada saya atas dasar Murabahah pada Harga Jualan yang merangkumi Harga Belian dan Margin Keuntungan dengan kaedah bayaran secara bertangguh.
- Saya mengaku bahawa jumlah pembiayaan ini beserta dengan bayaran sebagaimana terkandung dalam peraturan yang berkaitan akan dibayar tiap- tiap bulan secara ansuran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Koperasi. Saya bersetuju potongan dibuat oleh pihak yang berkuasa membayar gaji dari gaji bulanan saya atau daripada akaun GIRO-i saya bagi membolehkan saya membayar ansuran pembiayaan tersebut.
- Saya berjanji akan membayar ansuran pembiayaan itu dalam tempoh sebulan dari tarikh ianya diberi dan Koperasi berhak mengenakan apa-apa bayaran yang tertentu setelah pembiayaan itu dikembalikan. Sekiranya saya meninggalkan perkhidmatan di Bank Simpanan Nasional (BSN) saya berjanji akan menyelesaikan sepenuhnya baki pembiayaan ini. Saya bersetuju dan membenarkan pihak Koperasi menzahirkan atau mendaftar atau mendapatkan segala data berhubung maklumat pembiayaan yang disimpan di SPeKAR iaitu Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian Information Services Sdn. Bhd. (Experian) dan / atau Financial Information Services Sdn. Bhd. (FIS) dan / atau Credit Tips Off System Sdn Bhd (CTOS) dan / atau mana-mana agensi yang mengendalikan perkhidmatan yang sama dengan menanggung semua kos-kos guaman yang terlibat. Saya bersetuju segala pembayaran yang melibatkan pembiayaan ini di buat melalui potongan gaji saya.
- Saya bersetuju membuat pembayaran ansuran melalui arahan tetap /autodebit akaun BSN saya sekiranya arahan potongan gaji saya tidak berjaya dilakukan.