PENGENALAN PROGRAM
Program Ops Luka Edisi Zon Tengah 2024 merupakan inisiatif rawatan luka holistik kepada komuniti yang kurang berkemampuan. Program ini menawarkan bantuan dalam bentuk teknologi perubatan regeneratif terkini untuk meningkatkan kadar penyembuhan luka pesakit-pesakit yang dipilih dan ianya diberikan secara PERCUMA.
Antara kriteria pemilihan pesakit adalah seperti berikut:
- Pesakit luka akibat kebakaran, kemalangan atau luka kronik.
- Pesakit kurang berkemampuan, golongan B40.
- Pesakit yang layak menerima Skim Perubatan MADANI https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
Sila isikan maklumat berikut sebagai permohonan untuk menyertai program ini. Maklumat yang anda isi akan dirahsiakan.