Pendaftaran / Pembaharuan Keahlian Tabung Khairat Kematian Logo
  • Pendaftaran / Pembaharuan Keahlian Tabung Khairat Kematian

    Surau Elmina Valley
  • Maklumat Ahli:

  •  -
  •  - -
  •  -
  • Manfaat Sebagai Ahli Tabung Khairat Kematian Surau Elmina Valley

    Bayaran tunai kepada waris yang membuat tuntutan ke atas kematian ahli / tanggungan ahli yang meninggal dunia bagi tujuan menampung kos-kos perbelanjaan pengurusan jenazah, mengikut kadar di bawah:-

    Kematian setiap Ahli / Pasangan Ahli yang didaftarkan

    RM2,000 

    Kematian setiap Tanggungan Ahli yang didaftarkan

    RM1,500

  • Syarat-Syarat Keahlian Tabung Khairat Kematian

    a) Kelayakan Menjadi Ahli

    Dibuka kepada semua penduduk Islam di Elmina yang telah menetap dikawasan Elmina sekurang-kurangnya TIGA (3) bulan dari tarikh berdaftar sebagai ahli.

    Borang pendaftaran berserta yuran keahlian perlu dikemukakan kepada Biro Khairat, Surau Elmina Valley. Pihak Biro Khairat akan mengeluarkan nombor keahlian dalam tempoh LIMA (5) hari berkerja bagi tujuan pengesahan penerimaan keahlian.

    Nota: Waris yang tinggal setelah kematian ahli atau setelah meninggal mana-mana tanggungan ahli masih boleh meneruskan menjadi ahli selagi menyambung sumbangan kepada Tabung Khairat ini.

    b) Tempoh Minima Mendapat Manfaat

    Tempoh minima untuk mendapat manfaat ialah setelah menjadi ahli sekurang-kurangnya SATU (1) bulan dari tarikh borang pendaftaran.

    c) Definisi Tanggungan Ahli

    Ahli keluarga terdekat iaitu suami atau isteri, anak atau anak-anak yang belum berumah tangga atau berdikari dan juga kedua ibubapa yang tinggal serumah dengan ahli dan telah didaftarkan di dalam borang pendaftaran. Tanggungan ahli yang tidak tinggal bersama dengan ahli tidak layak mendapat manfaat Tabung Khairat

    d) Yuran Pendaftaran Keahlian Tabung Khairat

    Membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM30 bagi satu keluarga (ahli & tanggungan ahli).

    Nota: RM30 akan digunakan untuk kos-kos pengurusan tabung khairat.

    e) Yuran Tahunan Keahlian Tabung Khairat

    Membayar yuran tahunan keahlian sebanyak RM80 setahun bagi satu keluarga.

    Nota: RM80 setahun merupakan tabungan caruman yang terkumpul yang akan dibayar sebagai manfaat tunai kepada waris yang membuat tuntutan ke atas mana-mana ahli yang meninggal dunia.

    f) Tempoh Keahlian Tabung Khairat

    Mulai 1 Julai sehingga 30 Jun setiap tahun. Setiap ahli dikehendaki memperbaharui keahlian kepada Tabung Khairat selewat-lewatnya sebelum 31 Julai setiap tahun bagi satu keluarga.

    g) Kelucutan Keahlian

    Ahli yang tidak memperbaharui keahlian Tabung Khairat, dianggap tidak mahu meneruskan keahlian Tabung Khairat selepas tempoh tamat memperbaharui keahlian dan tiada bayaran yang perlu dikembalikan (sekiranya ada).

    Mana-mana ahli yang telah terlucut keahlian seperti para di atas, sekiranya ingin menjadi ahli semula perlu mengikut semua peruntukkan di para (a) sehingga (f).

  • prevnext( X )
    MYR
  • Should be Empty: