1. Ini adalah borang pertandingan untuk
QUAYSIDE MALL PUSHBIKE FUNRACE 2023
TARIKH : 23 JULY 2023
TEMPAT : MARKET SQUARE (GF), QUAYSIDEMALL
MASA : 10.00AM - 2.00PM
2. Semua peserta, pengunjung dan krew-krew mestilah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia seperti menggunakan pelitup muka, penjarakkan sosial dan lain-lain bagi mengelakan penularan wabak covid 19.
3. Penjaga mestilah mengisi butiran peribadi anak dengan tepat dan betul. Pihak penganjur tidak teragak - agak untuk membatalkan penyertaan anak anda dan mengambil hadiah kemenangan semula jika terdapat sebarang penipuan semasa pendaftaran. Penjaga juga harus membawa dan menunjukkan mykid anak anda di meja pendaftaran semasa mengambil jersey, doorgift dan no.plate pada hari perlumbaan.
4. Setiap peserta mestilah menggunakan basikal imbang tayar bersaiz 10-12 inci, handle juga tidak melebihi 450mm, tiada screw atau besi - besi tajam pada basikal yang boleh mendatangkan kecederaan dan basikal mestilah diselenggara dengan sempurna bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini berlaku. Semua jenama basikal imbang dibenarkan untuk menyertai perlumbaan ini dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
5. Setiap peserta mestilah memakai helmet dan menggunakan pelindung diri atau alatan keselamatan semasa berlumba seperti topi keledar, baju lengan panjang, seluar panjang, kasut, glove dan padding ( WAJIB ). Jika didapati peserta tidak menggunakan alatan-alatan keselamatan pelindung diri yang ditetapkan, pihak penganjur tidak teragak-agak akan membatalkan penyertaan.
6. Untuk pengetahuan penjaga, segala keselamatan pelumba - pelumba diatas tanggungan ibu bapa masing-masing. Pihak penganjur tidak bertanggujawab diatas segala kesulitan dan kecederaan yang dialami ketika berlumba mahupun diperkarangan tapak majlis. Pihak penganjur juga akan menyediakan Medic dan peralatan perubatan ditempat perlumbaan untuk kecederaan-kecederaan ringan sahaja.
7. Sila pastikan semua penjaga dan peserta menjaga kebersihan dan membuang sampah didalam tong sampah yang disediakan oleh pihak penganjur.
8. Segala keputusan pengadil adalah muktamad. Segala bantahan boleh dibuat dan mestilah membawa bukti-bukti yang kukuh dan juga wang sebanyak rm100 untuk tujuan cagaran semasa bantahan dibuat. Jika penjaga tidak dapat membuktikan segala bantahan wang cagaran tidak akan dikembalikan semula. Pihak penganjur juga tidak menyediakan bahan bukti seperti video atau gambar untuk tujuan bantahan.
9. Wang penyertaan tidak dikembalikan semula jika peserta menarik diri sebelum perlumbaan dan semasa perlumba dilangsungkan dan penganjur juga berhak untuk menunda tarikh dan masa perlumbaan diatas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan.
10. Jika bersetuju dengan syarat-syarat diatas, sila membuat bayaran sebanyak RM50 untuk setiap kategori dan mestilah dibayar terus semasa mengisi borang. Tarikh tutup penyertaan pada 22hb JUN 2023. Tiada perlumbaan jika bayaran tidak dapat dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan.
11. Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi no. telefon dibawah 0134188884 dan boleh email ke fjserasi@gmail.com