Unit Strategik Modal Insan Johor (Unit SMI) akan menganjurkan program Gerak Kerjaya Johor Tahun 2021 pada 18 hingga 30 September 2021 secara atas talian.
Jom sertai Temuduga Terbuka Program GKJ21 dan lengkapkan maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan pautan ke sesi temuduga tersebut.
KENAPA ANDA PERLU TURUT SERTA?
1. Penyertaan oleh lebih 50 majikan.
2. Tawaran lebih 5,000 jawatan kosong pelbagai jawatan.
3. Calon akan terus ditemuduga oleh majikan mengikut jadual yang disediakan.
4. Sesi temuduga yang mudah secara atas talian sahaja.
SILA LENGKAPKAN MAKLUMAT PENCARI KERJA DAN PILIH JAWATAN YANG SESUAI.
Pemohon digalakkan untuk mohon jawatan kosong mengikut kelayakan yang bersesuaian.
Pendaftaran di buka sehingga 20 September 2021. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Sekretariat GKJ21 di talian 013-791 7120 atau 07-266 6213/6211. Terima Kasih.
#UnitSMI #JomCariKerjaEk #GKJ21 #NormalBaharu