SKM 3 Pentadbiran Pejabat
  • Anda Mempunyai Pengalaman Kerja Dalam Bidang Pentadbiran Pejabat & Pengurusan Pentadbiran?

    Jom Tukarkan Pengalaman Bernilai Anda kepada Sijil & Diploma yang Diiktiraf oleh Kerajaan & Industri.

    Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat merupakan salah satu bidang kemahiran yang berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaaan (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mengiktiraf pekerja dan individu yang terlibat dalam bidang Pentadbiran Pejabat & Pengurusan Pentadbiran.


    Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
    SKM Tahap 3 Pentadbiran Pejabat

     

    Program ini berada pada Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) di bawah sektor TVET yang dibangunkan oleh MQA; melayakkan individu yang kompeten dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). 

     
    Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) oleh MQA

     

    Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

    Program ini dilaksanakan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), iaitu laluan khas untuk pekerja dan individu yang berpengalaman di dalam bidang Pentadbiran & Pengurusan Pejabat.

    Pensijilan ini menilai pengalaman kerja sebenar dalam aspek seperti Front Office Reception, Office Finance Handling, Office Procurement Handling, Office Inventory Handling, Office Logistic Handling, Office Documentation Preparation & Staff Administration Supervision.

    Kaedah PPT membantu mereka berpengalaman mendapatkan pengiktirafan rasmi yang diiktiraf kerajaan dan industri — tanpa perlu melalui pembelajaran secara formal. Program ini sesuai bagi Pentadbir & Pengurus Pejabat yang ingin mengukuhkan kredibiliti, meluaskan peluang kerjaya atau ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

     

    Unit Kompetensi Yang Dinilai

    Program ini mempunyai 7 Unit Kompetensi Teras yang ditetapkan bagi menilai tahap kompetensi dalam bidang kemahiran Pentadbiran & Pengurusan Pejabat seperti di bawah:


    Unit Kompetensi Yang Dinilai Bagi SKM 3 Pentadbiran Pejabat

     

    Syarat Penyertaan

    Syarat Wajib

    • Berumur 17 Tahun ke atas
    • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 Tahun dalam bidang Pentadbiran Pejabat atau Pengurusan Pentadbiran atau bidang berkaitan
    • Boleh membuktikan tahap kemahiran dan kompetensi dalam bidang berkaitan

     Syarat Pengalaman vs Tahap Kemahiran yang ditetapkan
    Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

     

    Sasaran Peserta

    Program ini terbuka untuk pekerja atau personel yang terlibat dalam aktiviti kemahiran Pentadbiran Pejabat & Pengurusan Pentadbiran yang berminat untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh kerajaan dan industri.



    Struktur Pekerjaan Bidang Pentadbiran Pejabat oleh JPK


    Personel atau pekerja berpengalaman dalam bidang pekerjaan di bawah digalakkan untuk memohon:

    • Kerani Am / Kewangan / HR / Admin / Data / Filing
    • Pembantu Tadbir (N19/N22)
    • Pembantu Operasi Pejabat
    • Setiausaha Pejabat
    • Receptionist / Penyambut Tetamu
    • Pembantu Pengurusan Pejabat (Office Assistant)
    • Administrative Assistant / Pembantu Pentadbiran
    • Clerk-cum-Typist / Jurutaip
    • Pembantu Rekod / Record Assistant
    • Administrative Executive (Eksekutif Pentadbiran)
    • Administrative Officer (Pegawai Tadbir / Pentadbiran)
    • Office Manager (Pengurus Pejabat)
    • Personal Assistant (PA)
    • Executive Secretary
    • Management Support Executive
    • Corporate Administrative Officer
    • Supervisor Pentadbiran
    • Operation Executive

       

    Yuran Program

    Sebagai promosi pengenalan program, yuran bimbingan ditawarkan adalah RM970 sahaja TIDAK TERMASUK bayaran pendaftaran kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

    • SKM 3 Pentadbiran Pejabat - RM970

    Dan anda juga berpeluang untuk dapatkan persijilan peringkat Diploma selepas dianugerahkan SKM 3 Pentadbiran Pejabat:

    • Diploma (DKM) Pengurusan Pentadbiran dengan yuran bimbingan tambahan hanya RM2,000 sahaja

     

    Nota Penting: Bayaran Pendaftaran JPK adalah RM300 bagi SKM 3 Pentadbiran Pejabat & RM500 bagi DKM Pengurusan Pentadbiran.

    Program ini juga didaftarkan di bawah HRDC Claimable Courses. Peserta yang layak boleh membuat tuntutan pembiayaan 100% di bawah skim tersebut.

     


    Program adalah berdaftar di bawah Skim HRDC Claimable Courses

     

    Tarikh & Lokasi Bengkel Bimbingan

    Anda HANYA perlu hadir 3 Jam Bengkel Bimbingan sahaja.

    Tarikh:

    • Masa adalah bermula pukul 9 pagi - 12 Tengahari
    • Tarikh mengikut persetujuan peserta dan tenaga pengajar

    Lokasi: 

    • Dalam Talian (Online Zoom Meeting)
    • Bersemuka (Fizikal) di MITE Cyberjaya, Selangor


    Bonus: Anda boleh hadiri berulangkali Bengkel Bimbingan tanpa perlukan sebarang bayaran tambahan sehingga anda LULUS.

     

    Nota: Bagi peserta program tajaan syarikat atau HRD Corp Claimable Courses, program boleh dijalankan secara in-house di syarikat anda bekerja. 

     

    Kelebihan Program

    Diiktiraf Kerajaan & Industri

    Berbeza dengan program persijilan bidang Pentadbiran Pejabat & Pengurusan Pentadbiran di luar sana, program ini berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) di mana peserta yang kompeten layak dianugerahkan sijil bertahap Sijil yang diiktiraf Kerajaan & Industri seperti di bawah:

    SKM 3 Pentadbiran Pejabat

     

    Dan di bawah adalah Diploma Pengurusan Pentadbiran yang anda boleh dapatkan selepas dianugerahkan SKM 3 Pentadbiran Pejabat.
     

    Diploma (DKM) Pengurusan Pentadbiran

     

    Diiktiraf MQA dan JPA

    Sijil yang diterima diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai syarat kelayakan permohonan bagi Skim Perkhidmatan Awam Gred 1 SSPA berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (PP 1/2016).


    Pengiktirafan MQA bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

     

    Layak bagi Permohonan Menyambung Pelajaran Peringkat Tertinggi

    Bagi mereka yang tidak memiliki kelayakan akademik, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diterima layak bagi permohonan pengajian di peringkat Ijazah melalui APEL.A. 

     

     

    Pelepasan Cukai bagi Kursus Peningkatan Kemahiran

    Anda boleh menuntut pelepasan cukai hingga RM2,000 untuk yuran kursus peningkatan kemahiran bagi kursus diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). 

      

    Siapa Kami?

    Malaysian Institute of TVET Educators (MITE) merupakan sebuah Pusat Bertauliah dan Pusat Penilaian Amali di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Lokasi kami di Coplace 2, Cyberjaya, Selangor.

     

    Tenaga Pengajar & Fasilitator

    Peserta program akan dibimbing oleh Pengarah Latihan di Malaysian Institute of TVET Educators iaitu Pn. Marsyazalina Md Arif yang juga merupakan Tenaga Pengajar Bertauliah JPK.

     

     

    Pencapaian Akademik

    • Sarjana Pendidikan TVET
    • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran)

    Pencapaian TVET

    • DKM Pengurusan Pentadbiran
    • SKM 3 Pentadbiran Pejabat
    • SKM 3 Setiausaha Korporat Eksekutif
    • SKM 3 Pentadbiran Industri
    • SKM 3 Operasi Outlet Peruncitan
    • SKM 3 Operasi Jualan & Pemasaran
    • SKM 2 Khidmat Sokongan Operasi Pengalaman Pelanggan
    • SKM 2 Inbound Customer Engagement Operations

     

    Berminat Untuk Tukarkan Pengalaman Kerja Anda Kepada SKM 3 Pentadbiran Pejabat?

    Sila tekan butang SAYA BERMINAT di bawah dan isi maklumat yang diperlukan bagi proses semakan kelayakan pengalaman selanjutnya.

    Aliran Pelaksanaan Program adalah seperti di bawah: 

     

    Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat bayaran terus program, sila hubungi En. Aizuddin di 016-9387308 (WhatsApp Chat sahaja).

  • Borang Pra-Pendaftaran Program

    Sila isi butiran di bawah dengan lengkap
  • Sebelum anda menekan butang HANTAR di bawah, kami ingin memaklumkan bahawa program ini bukan program PERCUMA. Peserta boleh memilih untuk membuat bayaran sendiri atau HRDC Claimable atau tajaan majikan.

    Selain daripada komitmen kos yuran, program ini juga memerlukan komitmen masa peserta untuk kami bimbing sehingga peserta berjaya mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diinginkan.

  • Should be Empty: