MAKLUMAT TAMBAHAN:
1. Sila bawa bersama kad vaksin kucing semasa 'check-in' atau WhatsApp/Telegram kepada pihak Odoi Petshop.
2. Sekiranya semasa pemeriksaan awal didapati kucing berkutu, kucing perlu dimandikan dengan mandian kutu atau ‘Medicated Grooming for Flea & Tick’ terlebih dahulu. Kos mandian haruslah ditanggung oleh pemilik kucing.
3. Pemilik bersetuju untuk membenarkan Odoi Petshop menitis ubat kutu sebelum kucing masuk ke tempat ‘boarding’ untuk memastikan semua kucing adalah bebas kutu. Cas tambahan sebanyak RM5 akan dikenakan dan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik kucing.
4. Kucing tidak bervaksin, berpenyakit, demam, selsema, bunting, berfungus dan bermasalah kulit lain tidak akan diterima untuk 'boarding' di Odoi Petshop. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.