Terima kasih kerana sudi menaja salah satu kucing di JB Purrrfect Home (JBPH). Program tajaan kucing JBPH (Sponsorship progran) merupakan salah satu cara menambah bantuan kewangan di JBPH. Tiada yang special diberikan kepada kucing yang ditaja, layanan yang setara pada semua kucing di sini. Akan tetapi, Orang/syarikat yang menaja kucing berkenaan berhak menentukan kucing berkenaan boleh di adopt (mengikut kateria syarat adopsi JBPH) atau tidak. Pihak yang menaja juga secara automatik boleh mengambilnya (mengikut kateria syarat adopsi JBPH)
1) Bayaran RM50/ sebulan secara minimum dikenakan untuk program tajaan ini. Terpulang kepada penaja sama ada ingin memasukkan sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Pihak penaja boleh meletakkan nama kucing yang ditaja ketika membuat online banking atau memaklumkan kepada pihak kami apabila sudah membuat tajaan untuk bulan berkenaan
2) Bayaran yang tidak diterima selama 3 bulan berturut-turut akan melucutkan hak tajaan anda terhadap kucing berkenaan. Program tajaan ini tiada paksaan daripada pihak JBPH. Sekiranya pihak penaja ingin menamatkan tajaan, boleh hubungi kami & memaklumkan
3) Pihak penaja berhak mengetahui status kucing tajaannya dengan meminta pihak JBPH gambar terkini kucing yang ditaja. Balasan maklumat akan diberikan dalam masa 3 hari daripada tempoh menanyakan soalan.
terima kasih